Thursday, December 16, 2010

Usah pandang remeh pendedahan WikiLeaks


KUALA LUMPUR 15 Dis. - Laporan WikiLeaks tidak boleh dipandang remeh kerana laman web kontroversi itu mempunyai kewibawaannya yang tersendiri dalam mendedahkan maklumat sulit kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat (AS), Rusia dan Perancis.
Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, pendedahan WikiLeaks melibatkan perbualan pegawai kanan Singapura dan Australia baru-baru ini boleh dianggap sahih memandangkan maklumat itu bersumberkan golongan yang berjawatan diplomat.
"Dalam kes ini, maklumat tersebut tidak kedengaran peribadi kerana dituturkan dalam suasana mesyuarat rasmi. Tambahan pula, setakat ini belum ada sebarang penafian daripada Kementerian Luar kedua-dua negara terbabit mengenainya.
"Saya berpendapat maklumat yang didedahkan tidak boleh dianggap sebagai cakap-cakap sebaliknya sebagai laporan rasmi para diplomat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Azmi mengulas mengenai beberapa akhbar tempatan Australia yang melaporkan pendedahan WikiLeaks berhubung komen tiga pegawai kanan kerajaan Singapura mengenai 'ketidakcekapan' pemimpin Malaysia dalam mentadbir negara.
Pendedahan WikiLeaks yang memetik perbualan ejen perisikan Singapura dan Australia itu turut menyebut tentang penglibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam aktiviti liwat.
Azmi turut menyangkal dakwaan peguam bela Anwar yang menyifatkan pendedahan itu sebagai subjudis kerana memberi kesan ke atas integriti perbicaraan kes liwatnya.
"Pendedahan WikiLeaks tidak boleh dianggap sebagai subjudis kerana ia dilakukan di luar Malaysia yang bermakna ia di luar ruang lingkup perundangan negara.

No comments:

Post a Comment