Wednesday, July 20, 2011

4,501 pasangan kahwin beramai-ramai


4,501 pasangan kahwin beramai-ramai


2011/07/20

JAKARTA: Seramai 4,501 pasangan daripada kumpulan berpendapatan rendah menyertai majlis perkahwinan beramai-ramai dalam satu acara istimewa diadakan di Stadium Senayan, Jakarta Selatan, semalam.

Pasangan terbabit adalah daripada keluarga berpendapatan rendah dari kawasan seluruh ibu negara yang sudah dikahwinkan melalui acara keagamaan masing-masing tetapi belum mendapat sijil kerana tidak mampu membayar yuran pengurusan.
Pasangan paling muda adalah pasangan berumur 16 tahun manakala paling tua adalah pasangan pengantin yang kedua-duanya berusia 86 tahun.
“Kami bersyukur kepada Tuhan kerana memakbulkan doa kami. Kami akhirnya menerima sijil perkahwinan,” kata pengantin lelaki, Rahman yang berusia 86 tahun dari Tanjung Priok, Jakarta Utara.

Majlis itu dianjurkan kerajaan tempatan Jakarta, Yayasan Pondok Kasih dan stesen televisyen Channel B.

Hana Ananda, pengasas Pondok Kasih berkata masih ramai pasangan di Indonesia yang tidak mampu menghalalkan perkahwinan masing-masing berikutan masalah kemiskinan.

“Ia menyentuh hati saya kerana masih ada orang yang prihatin terhadap mereka (pasangan terbabit).
“Mereka adalah penduduk yang tinggal di kawasan setinggan seperti bawah jambatan, tempat pembuangan sampah dan lain-lain,” kata Hana yang dipetik Jakarta Globe. – Agensi
Berita Harian Online | 4,501 pasangan kahwin beramai-ramai

No comments:

Post a Comment