Wednesday, July 20, 2011

Afifi didakwa terlupa buang dadah

KUALA LUMPUR - Pelakon Benjy mengaku tahu di mana dadah syabu disimpan di apartmen Menara Duta 2 tetapi mendakwa ia milik rakannya bernama Nor Azizi yang kini sudah menghilangkan diri.

Menurut Benjy, dia tahu mengenai dadah itu selepas dimaklumkan bekas pembantunya, Afifi Hamid semasa dalam perjalanan ke tempat memancing di Kampung Delek, Klang pada 11 Mac 2010 sebelum dia ditangkap polis.

Tertuduh memberitahu peguamnya, Amer Hamzah Arshad di Mahkamah Majistret di sini semalam, dia telah menyuruh Afifi membuang dadah tersebut tetapi wanita itu terlupa.

Terdahulu, Benjy mendakwa, selepas ditangkap dan dibawa ke apartmen Menara Duta 2 dalam kenderaan polis, Afifi, 25, sempat beritahu yang dia terlupa membuang dadah tersebut.

Bagaimanapun, ketika disoal semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Mawarni Abd. Halim, beliau menuduh Benjy mereka-reka cerita kerana nama Nor Azizi tidak pernah disebut sebelum ini namun ia disangkal pelakon tersebut.

Benjy, 33, atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim sedang membela diri daripada tuduhan memiliki dadah 0.24 gram syabu pada pukul 4 petang, 11 Mac lalu di sebuah premis beralamat A-6-5, Menara Duta 2, Jalan 1/38B persimpangan Jalan Segambut di sini.

Kosmo! Online - Negara

No comments:

Post a Comment