Wednesday, July 20, 2011

Israel tahan kapal aktivis

BAITULMAQDIS: Tentera laut Israel, semalam memintas dan menceroboh naik ke kapal Perancis yang menuju ke Semenanjung Gaza dan mula menunda kapal berkenaan ke pelabuhan, kata jurucakap ketenteraan.

“Tentera laut Israel menaiki kapal berkenaan,” kata jurucakap tentera memberitahu operasi untuk menaiki kapal MV Dignite/Al Karama dilakukan secara aman dan kapal itu ditunda ke pelabuhan Ashdod di Israel. Kapal yang membawa 16 orang, kebanyakannya aktivis Perancis diambil alih oleh tentera laut Yahudi itu selepas Ketua Turus Tentera Israel Leftenan Jeneral Benny Gantz mengarahkan supaya tindakan diambil. Israel secara konsisten berikrar akan menghalang mana-mana kapal daripada sampai ke Gaza melalui jalan laut yang dianggap mengingkari sekatan ketenteraan dikuat kuasakan negara itu sejak 2006 selepas militan didakwa menculik tentera Zionis.


“Selepas semua saluran diplomatik gagal berhasil dan arahan tidak dihiraukan, tentera laut memintas dan menaiki Al Karama sebagai usaha menyekatnya melanggar sekatan yang dikenakan ke atas Semenanjung Gaza,” lapor kenyataan ketenteraan. Tentera laut Zionis menghampiri kapal itu lima jam sebelumnya dan memulakan dialog dengan aktivis berkenaan yang berkeras mahu meneruskan perjalanan mereka ke Gaza. - AFP

myMetro | Israel tahan kapal aktivis

No comments:

Post a Comment