Tuesday, October 2, 2012

Anda ada ILMU Agama ? adakah FAHAM akan Ilmu tersebut ?



Inilah akhir zaman bila orang cuma hafal Ilmu untuk kelulusan dan degree tetapi tidak memahami apa yang di hafalnya, kerana itu Islam menekankan "FAHAM" dalam ilmu, yang pertama kena FAHAM, kalau tidak "sudah jadi 1 masalah" ...

apa hujahnya untuk TIDAK membolehkan ? ;

Hukum Bertudung Sanggul Tinggi:

Daripada Abu Hurairah RA, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud :

Dua golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut. 

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

*Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Ahmad, Imam Malik dan selain mereka. Hadith ini adalah hadith sahih.

"akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. 

Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat"- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

wallahua'lam,

No comments:

Post a Comment