Tuesday, October 2, 2012

Pakistan perluas larangan hina agama

Karachi: Undang-undang larangan menghina agama akan digunakan untuk menghukum penduduk Islam disyaki menyerang sebuah kuil Hindu, satu langkah terbaru di negara di mana undang-undang tegas sebelum ini digunakan bagi mengawal penghinaan ke atas agama Islam.

Undang-undang berkenaan yang membawa hukuman mati penalti atau penjara seumur hidup, menarik perhatian antarabangsa untuk diperbaharui tahun ini selepas seorang budak perempuan Kristian di Islamabad didakwa kerana merosakkan kitab suci Islam, Al-Quran.
Seorang guru agama Islam dibicarakan kerana didakwa menipu bukti terhadap budak terbabit yang dibebaskan atas jaminan berikutan keupayaan mentalnya yang dipersoalkan.

Pegawai polis, Mohammad Hanif berkata bahawa serangan anti Hindu berlaku 21 September lalu. Kerajaan mengisytiharkan hari terbabit sebagai cuti umum bagi Hari mencintai Nabi dan menggesa satu demonstrasi secara aman diadakan menentang sebuah filem anti Islam Amerika Syarikat yang mencetuskan bantahan di seluruh dunia Islam.

Mereka yang menyertainya bertukar menjadi ganas di Pakistan dan membunuh lebih 20 penduduk.

Hanif berkata berpuluh-puluh penduduk Islam diketuai guru agama di Karachi, berhimpun di kawasan kejiranan Hindu yang lebih dikenali sebagai Hindu Goth.

Penunjuk perasaan menyerang kuil Sri Krishna Ram, memecahkan patung, mengoyak naskhah Bhagavad Gita dan memukul penjaga kuil terbabit, Sindha Maharaj.
Penyerang memecahkan patung Radha, Hanuman, Parwati dan Krishna dan melarikan perhiasan emas, kata Maharaj.

Mereka juga menyerang rumah saya dan melarikan perhiasan emas milik keluarga dan anak perempuan saya.

Majaraj dan pemimpin Hindu lain membuat aduan kepada polis yang memfailkan kes berkenaan terhadap guru agama serta lapan penduduk Islam lain. Tetapi semua suspek tidak ditemui kelmarin kata polis.

Kes terbabit difailkan di bawah Seksyen 295-A undang-undang kekufuran, yang membabitkan mencetuskan kemarahan agama.

Seksyen undang-undang terbabit boleh digunakan terhadap mana-mana agama dan boleh membawa hukuman denda serta penjara sehingga 10 tahun.
AP

No comments:

Post a Comment