Tuesday, October 2, 2012

Mahkamah Moscow haramkan filem anti-Islam

MOSCOW 2 Okt. - Sebuah mahkamah di sini semalam mengharamkan filem anti-Islam yang dihasilkan di Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan demonstrasi besar-besaran di dunia Islam.
Hakim Mahkamah Daerah Tverskoi di sini bersetuju dengan hujah pihak pendakwaan bahawa filem bajet rendah, `Innocence of Muslims’ mempromosikan sikap tidak toleransi agama di Rusia.
``Usul pihak pendakwaan adalah munasabah,’’ kata jurucakap mahkamah namun aktivis liberal menggesa kerajaan supaya melindungi hak kebebasan bersuara dan menentang pengharaman tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121002/lu_07/Mahkamah-Moscow-haramkan-filem-anti-Islam#ixzz289W1eB7J
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment