Tuesday, October 2, 2012

Pasukan keselamatan India bunuh lima militan di Kashmir

NEW DELHI 2 Okt. - Pasukan keselamatan India semalam mendakwa bahawa mereka telah membunuh lima militan asing dalam satu kejadian berbalas tembak di sebuah kawasan hutan di wilayah bergolak, Kashmir.
Ketua polis tempatan, Shahid Mehraj berkata, lelaki itu dipercayai daripada kumpulan Hizbul Mujahideen dari kawasan hutan Wanghat, kira-kira 50 kilometer dari bandar utama Srinagar.
``Militan tersebut dibunuh oleh gabungan tentera dan polis India dengan lima laras raifal AK dan sejumlah besar senjata lain ditemui daripada kumpulan itu,’’ katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121002/lu_06/Pasukan-keselamatan-India-bunuh-lima-militan-di-Kashmir#ixzz289Walycn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment