Thursday, January 10, 2013

Britain anjur mesyuarat masa depan Syria tanpa Assad



LONDON - Britain mengumumkan telah menganjurkan mesyuarat bermula semalam, membincangkan isu akademik dan pembangkang melibatkan masa depan Syria tanpa Presiden Bashar Al-Assad.

Jurucakap kementerian luar berkata, mesyuarat yang dibentangkan oleh perwakilan negara Arab secara tertutup itu disertai pakar-pakar penstabilan pasca-konflik, agensi multilateral dan pemimpin pembangkang Pakatan Kebangsaan Syria.

Perbincangan yang dilakukan di Wilton Park itu didakwa membantu penyokong antarabangsa pembangkang Syria bersedia bagi cabaran keselamatan yang bakal dilalui sesudah Assad tersingkir.

"Tujuan Britain adalah untuk merangsang pemikiran antarabangsa dan bercadang mengadakan perubahan pimpinan politik Syria," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Luar Britain, William Hague berkata, Assad tidak dapat mengelak dari digulingkan berikutan konflik yang tercetus lebih 21 bulan dan meragut hampir 100,000 nyawa.

Pada Ahad lalu, Assad dalam ucapannya menawarkan untuk mengadakan perbincangan bersama kumpulan pembangkang bagi menamatkan konflik dengan bersyarat.  - AFP

No comments:

Post a Comment