Thursday, January 10, 2013

Omran kecam masyarakat antarabangsa



BEIRUT - Menteri Penerangan Syria, Omran Al-Zoubi mengecam masyarakat antarabangsa kerana menolak cadangan Presiden Bashar Al-Assad bagi menamatkan perang saudara di negara ini.
Omran berkata, negara seperti Amerika Syarikat dan sekutu Barat yang menggesa Bashar untuk mengundur diri telah menolak inisiatif itu sebelum memberikan masa untuk menilainya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Damsyik pada tengah malam kelmarin selepas menghadiri satu mesyuarat tergempar bagi membincangkan cadangan itu.
Sementara itu, empat orang kanak-kanak daripada keluarga yang sama antara 10 yang terbunuh dalam satu serangan awal subuh semalam berhampiran bandar Homs, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Untuk Syria.
Serangan itu berlaku di kampung Jabab Hamad.
Di utara wilayah Aleppo, pertempuran sengit berlaku di Menagh, Kwiyres dan pangkalan udara Nayrab, kata pemerhati yang beribu pejabat di Britain itu.
Tentera rejim turut dilapor menggempur wilayah Idlib di kawasan Maaret al-Numan bagi merampas kembali daripada pejuang penentang.
Pertempuran antara kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan tentera Bashar bermula sejak Mac 2011 itu dipercayai telah mengorbankan lebih 43,000 nyawa. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2HWZft071 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment