Saturday, August 30, 2014

Alyah kongsi gambar bersama Ramli di WhatsApp



Oleh Farihad Shalla Mahmud

FOTO Alyah dan Ramli yang digunakan penyanyi wanita itu sebagai gambar profil akaun WhatsApp miliknya. - FotoBHonline
KUALA LUMPUR: Walaupun enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung pendedahan perkahwinan rahsianya semalam oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), namun tindakan Alyah menggunakan foto dirinya bersama Datuk Ramli MS sebagai gambar profil di aplikasi WhatsApp jelas menunjukkan betapa penyanyi itu begitu selesa untuk berkongsi statusnya sebagai isteri kepada pengarah muzik dan komposer terkenal itu.
Gambar berkenaan memperlihatkan kedua-duanya seperti berada di sebuah bilik tatarias apabila Alyah kelihatan bersolek di depan cermin manakala Ramli pula sedang memperkemaskan butang kotnya.
Sebelum insiden 'terjahan' ke kediaman Ramli di Bandar Kinrara, di sini, membabitkan pihak JAIS berlaku pagi semalam, Alyah hanya meletakkan gambar dirinya di aplikasi terbabit.
Penyanyi Kisah Hati dan Tak Mungkin Kerana Sayang itu juga dilihat mengemaskini statusnya di aplikasi berkenaan, sejam lalu.
Status yang berbunyi 'Aku Gantungkan Semua Kepadamu' bagai menyampaikan luahan isi hatinya, yang mahu Ramli sendiri memberikan penjelasan berhubung perkahwinan rahsia mereka yang difahamkan berlangsung di Batam, Indonesia tahun lalu.

No comments:

Post a Comment