Saturday, August 30, 2014

NATO desak Rusia henti hantar tentera ke Ukraine


BRUSSELS 30 Ogos - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) semalam mendesak Rusia supaya menghentikan tindakan ketenteraan ke atas Ukraine selepas Barat menuduh Moscow terlibat dalam konflik antara dua negara tersebut.
Menurut ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen, tindakan Rusia menghantar tenteranya memasuki Ukraine merupakan tindakan berbahaya yang dilihat cuba menjejaskan kestabilan negara berkenaan.
"Kami turut menggesa Rusia supaya menghentikan bekalan senjata kepada kumpulan pemberontak pro-Rusia dan mengambil langkah yang sepatutnya bagi menyelesaikan krisis antara Moscow dan Kiev," kata beliau. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140830/lu_02/NATO-desak-Rusia-henti-hantar-tentera-ke-Ukraine#ixzz3BomDntJj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment