KIEV - UKRAINE. Pemimpin kumpulan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine, semalam bersetuju untuk membenarkan pasukan tentera kerajaan yang terperangkap di zon konflik meninggalkan kawasan tersebut melalui koridor kemanusiaan.

Bagaimanapun, Alexander Zakharchenko turut mengenakan beberapa syarat selepas beliau membuat tawaran tersebut.

"Mereka perlu meninggalkan kesemua kelengkapan ketenteraan sebelum keluar dari kawasan terbabit," katanya.

Zakharchenko mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin menggesa mereka supaya membenarkan tentera Ukraine meninggalkan bandar Novoazovsk yang kini ditawan kumpulan pemisah pro-Rusia.

Difahamkan, penawanan bandar pelabuhan tersebut turut disifatkan sebagai kejayaan terbesar kepada kumpulan pemisah terbabit. - Press TV