Saturday, August 30, 2014

Kawasan baru di Lautan Hindi cari MH370


Oleh Raja Noraina Raja Rahim
Seremban: Sekurang-kirangnya 58 lokasi di kawasan 60,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi sudah dikenalpasti dalam usaha mencari MH370.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kawasan pencarian bagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) terbabit diperhalusi berdasarkan analisis terbaru.


Menurutnya, misi mencari itu akan dijalankan setahun menggunakan peralatan lautan dalam termasuk kenderaan bawah laut dilengkapi dengan mesin pengimbas tepi sonar, alat bunyi bergema dan peralatan video bagi mencari pesawat berkenaan.

Tiong Lai berkata, pihaknya hanya memfokuskan kawasan berkenaan dan tidak membabitkan kawasan darat kerana berdasarkan siasatan pakar sebelum ini yang mengesahkan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi.


Pesawat berkenaan hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal selepas tersasar daripada haluan penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/30

No comments:

Post a Comment