Saturday, August 11, 2012

6 'pelaku' ditangkap di Sinai pasca serangan terhadap pos pemeriksaan?




KAIRO - Sebuah sumber tentera Mesir mengatakan pada Jumaat (10/8/2012) bahawa angkatan bersenjata telah menahan enam "pengganas" di wilayah Sinai, selepas serangan terhadap sebuah pejabat polis di daerah tersebut awal minggu ini yang menewaskan 16 penjaga sempadan, televisyen pemerintah Mesir melaporkan.

Menurut sumber keselamatan, insiden itu berlaku selepas sejumlah orang bersenjata menyerang sebuah pos pemeriksaan semalam, namun tidak ada korban.

Sementara itu, Mesir akan sementara membuka kembali penyeberangan sempadan Rafah ke Jalur Gaza, yang ditutup setelah gerila menyerang tentera pada hari Ahad dan menewaskan 16 orang.

Tidak ada butiran lebih lanjut tentang serangan di luar bandar El Arish di kawasan yang sudah semakin tegang sejak serangan Ahad itu. 

No comments:

Post a Comment