Saturday, August 11, 2012

Islam "radikal" telah mengakar di Tatarstan?




Terdapat tanda-tanda bahawa Islam "radikal" telah mengakar di Republik Tatarstan, yang diduduki Rusia yang terletak di timur Moscow, selepas serangan yang mengorbankan seorang "ulama" dan melukai seorang lain pada bulan lalu.

Polisi kafir Rusia menahan tujuh suspek, ujar para pegawai. Namun sumber keselamatan tempatan mengatakan kepada BBC bahwa lebih dari 100 orang telah disoal siasat juga beberapa kumpulan Muslim Tatar, jumlah tahanan hampir mencapai 500.

Seorang "ulama" pro-Kremlin, Valiulla Yakupov, ditembak mati di ibu negara Tatarstan, Kazan, pada 19 Julai. Sehari selepas itu, Mufti Tatarstan, Ildus Fayzov mengalami luka serius setelah keretanya menjadi sasaran pengeboman di kota yang sama.

Salah satu yang ditangkap adalah pemilik Idel-Khadzh, organisasi yang menghantar orang-orang menuju Mekah. Dia diduga tengah terlibat pertikaian dengan sang mufti. Hingga kini belum ada kelompok yang mengeluarkan kenyataan bertanggung jawab atas serangan-serangan tersebut.

"Ledakan-ledakan dan tembakan hanyalah awal," ujar teologi Mufti Farid Salman seperti yang dilansir BBC.

Menurut klaimnya, lebih daripada 3,000 Muslim "radikal" berada di Tatarstan.

Forum internet Muslim Tatarstan didakwa telah menyeru pembunuhan beberapa orang yang secara terbuka mengkritik penyebaran Islam "radikal" dan nama Valiulla Yakupov telah muncul di salah satu senarai mereka.

Radikal adalah sebutan untuk mereka yang menuntut ditegakkannya syariat Islam secara sempurna.

"Kerajaan lebih suka mempertahankan kepura-puraan bahawa kedamaian dan ketenangan terjadi di kawasan itu," ujar Rais Suleimanov, kepala cabang daerah Volga Institut Rusia Penyelidikan Bollywood.

"Mereka tidak mendengar kami dan mereka tidak membiarkan kami berbicara. Akibatnya situasi menjadi tidak terkawal," klaimnya.

Setelah menerbitkan kajian di tahun 2010 terhadap perkembangan fundamentalisme Islam di Tatarstan, ia dipecat dari jawatannya di Pusat Penyelidikan Eurasia di Universiti Kazan dan segera setelah itu pusat tersebut ditutup.

Setelah percubaan pembunuhan terhadap mufti Tatarstan, kepala kementerian dalam negeri, Arytom Khokhorin mengakui bahawa terdapat perang rahsia yang telah berlangsung selama 13 tahun. Dia menambah bahawa ratusan gerila telah dikenalpasti dan dipantau oleh polis.

Kini keselamatan rusia menggunakan situasi tersebut untuk menahan kaum Muslimin.

Kepala organisasi nasional tempatan, Kesatuan Pemuda Azatlik Tatar, Nail Nabiullin menuduh bahawa ini adalah "provokasi yang dipimpin oleh Moscow".

Nabiullin pernah mengatur beberapa demonstrasi terhadap penindasan umat Islam.

Pada tahun 2011, Amir Imarah Kaukasus, Doka Umarov mengisytiharkan bahawa Mujahidin Kaukasus harus berpindah ke wilayah Volga untuk mempersiapkan Muslim tempatan untuk berjihad. Menurutnya, perjuangan akan menghasilkan sebuah negara baru, Imarah Kaukasus yang lebih besar.

Deklarasi ini seperti mendapat tanggapan, kerana pada akhir bulan lalu, media Rusia menyebarkan sebuah video pendek yang memperlihatkan Mujahidin Tatarstan menyatakan bai'at kepada amir Imarah Kaukasus.

"Assalamu'alaikum ikhwan dan akhwat. Saya Muhammad, amir ketenteraan dari Tatarstan. Saya ingin membuat satu kenyataan. Kami, adalah Mujahidin Tatarstan, telah mengikrarkan baiat kepada Dokka Abu Usman (Amir Imarah Kaukasus) pada tahun 2007. Saat ini tahun 2012, dan kami ingin mengulangi baiat kami. Kami, Mujahidin Tatarstan, mengikrarkan baiat kami, janji setia kepada Dokka Abu Usman. Kami berjanji untuk mentaati semua perintahnya, yang sesuai dengan Al-Quran dan Sunnah. "

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment