Saturday, August 11, 2012

Mujahidin Sinai: Tidak ada kerugian yang dialami dari kempen tentera Mesir di Sinai




SINAI - Forum Ansar al-Mujahidin menerbitkan sebuah berita yang menyatakan bahawa Mujahidin di Sinai tidak mengalami kerugian berkaitan kempen ketenteraan yang dilancarkan tentera Mesir di Sinai.

Blog ansarsharia mengutip pernyataan seorang sumber melaporkan bahawa tidak ada satu pun Mujahidin di Sinai yang mengalami luka dan semua berita yang dikeluarkan Mesir adalah kebohongan dan hanya untuk kegunaan dalaman.

Pesawat perang yang memukul wilayah Al-tomma di Sheikh Zuwaid menembak tiga roket ke sebuah lahan kosong, seperti tengah membuat adegan filem dan para tentera melepaskan tembakan dari udara. Dan pertengkaran yang sebenarnya berlaku tidak dengan Mujahidin namun dengan para lelaki suku bersenjata.

Banyak wartawan telah mengesahkan berita ini. Mustafa Sunjur, dari harian Al-Shuruq di Sinai utara mengatakan bahawa hasil daripada kempen tentera di Sinai adalah sifar, dan koresponden BBC, Al-Arabiya dan lain-lain di El-Arish mengatakan bahawa tidak ada jenazah yang dihantar ke rumah sakit El-Arish.

Penduduk setempat juga membantah ada operasi tempur yang terjadi di Sinai utara.

No comments:

Post a Comment