Saturday, August 11, 2012

Israel sambut baik operasi tentera Mesir di Sinai




Khamis, 9 Ogos 2012 TEL AVIV - Israel menyambut baik operasi tentera Mesir di Sinai utara pada hari Rabu (8/8/2012) bertujuan untuk mengesan militan di balik serangan mematikan hujung minggu yang menewaskan 16 tentera Mesir.

"Satu-satunya yang bertanggung jawab atas Sinai adalah Mesir, dan Mesir akan melakukan segala daya untuk menghadapi keganasan. Keberhasilannya akan mencegah serangan yang lebih besar," kata Amos Gilad, seorang pegawai tinggi di Kementerian Pertahanan Israel.

Berbicara beberapa jam selepas tentera Mesir mengatakan telah melakukan serangan udara di Sinai utara yang menewaskan 20 orang yang didakwa militan, Gilad mengatakan Kaherah telah memahami duduk permasalahan dan mula mengambil tindakan.

"Organisasi-organisasi ekstrimis boleh membahayakan seluruh Timur Tengah, tidak hanya terhadap Mesir," katanya. "Bantuan telah turun di Mesir, peringkat kesedaran telah meningkat. Mereka bergerak untuk bertindak," katanya.

"Kami tetap perlu mengawasi masa depan dan melihat apakah ada operasi nyata terhadap keganasan."

Operasi hari Rabu (8/8) dilancarkan oleh tentera Mesir di desa dekat Gaza ini datang tiga hari selepas serangan mematikan di sebuah pos sempadan yang diduga dilakukan ekstrimis Islam.

No comments:

Post a Comment