Saturday, July 9, 2011

ATM ambil alih jika darurat

KUALA LUMPUR 8 Julai - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengambil alih tugas menjaga keselamatan negara sekiranya perintah darurat dikeluarkan esok.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, ATM hanya akan bertindak sedemikian selepas pengumuman mengenainya diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menurutnya, walaupun tugas menjaga keselamatan negara di bawah kuasa polis namun ATM boleh mengambil alih tugas itu atas perintah Yang di-Pertuan Agong.

"Justeru itu, kita berdoa agar tidak ada pengisytiharan darurat untuk tidak menyebabkan ATM menjalankan tugas sebagaimana yang dititahkan kelak," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kedegilan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk terus mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka esok.

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

No comments:

Post a Comment