Saturday, July 9, 2011

Peladang kurma guna racun serangga toksik

DAMMAM (Arab Saudi): Kira-kira 16,000 ladang kurma di Ahsa, di Wilayah Timur Arab Saudi, menggunakan racun serangga amat toksik dari 1995 hingga 2008, menurut satu kajian baru-baru ini.

Ini membentuk hampir 70 peratus pokok kurma di wilayah yang terkenal dengan wahahnya itu, lapor laman berita Arab News, semalam.

Kajian itu disediakan Dr Muhammad Ali Al-Bowarthan, penolong profesor bidang kesihatan sekitaran di Fakulti Sains Perubatan Gunaan Universiti Dammam.

Kajian yang diterbitkan dalam akhbar bahasa Arab Al-Madinah itu menekankan bahawa 27 jenis racun serangga di bawah sekitar 50 jenama digunakan untuk menghapuskan kumbang pokok kurma di wilayah itu.

Sekurang-kurangnya 24 komponen yang digunakan dalam racun serangga itu dianggap sebagai sederhana dan amat toksik serta dianggap berbahaya kepada kededua kesihatan awam dan sekitaran.

Menurut kriteria dan piawaian antarabangsa sejajar dengan Konvensyen Rotterdam, terdapat sekatan tertentu bagi penggunaan racun-racun serangga jenis itu.

Ia hanya boleh digunakan di bawah penyeliaan pakar-pakar yang diiktiraf pihak berkuasa.

Kajian itu mendedahkan bahawa kebanyakan racun serangga itu digunakan oleh peladang di Ahsa tanpa mematuhi sekatan atau penyeliaan tersebut.

Menurut kajian itu lagi, dianggarkan sekitar 45 tan bahan toksik tersebut digunakan dalam tempoh antara 1995 dengan 2008 sebagai sebahagian daripada program memerangi kumbang-kumbang itu.

Racun-racun serangga itu menyebabkan kepupusan organisma semula jadi yang menjadi musuh serangga- serangga berbahaya.

Mengenai kesan ke atas kesihatan awam pula, kajian itu berkata terdapat kenaikan sehingga 90 peratus kes berkaitan beberapa penyakit seperti barah, lelah, alahan, hormon, kecacatan janin dan sebagainya sejak beberapa tahun lalu.

Cyberita Online Luar Negara

No comments:

Post a Comment