Saturday, July 9, 2011

Pegang baju elak terselak

Catherine berdepan angin kencang sejurus mendarat

CALGARY: Sebaik saja pewaris takhta Britain, Putera William dan isterinya Catherine keluar daripada pesawat di Calgary, Kanada, Duchess of Cambridge itu terpaksa berusaha keras memastikan gaun sutera kuning rekaan Jenny Packham yang dipakainya tidak terselak ketika angin bertiup kencang ketika beliau berjalan menyeberangi landasan lapangan terbang.

Akhbar Herald Sun melaporkan, Putera William dan isterinya berada di bandar itu untuk menghadiri perarakan besar-besaran yang dihadiri 250,000 penduduk tempatan setiap tahun.
Kegagalan Catherine mengawal pakaiannya disiarkan seminggu selepas adik perempuannya, Pippa menggayakan penampilan memukau dalam gaun berkait yang jarang.
Pasangan diraja terbabit mendarat selepas jam 4.30 petang waktu tempatan dengan menggunakan Pasukan Griffon Kanada.

Mereka disambut Leftenan Gabenor Donald Ethell dan Datuk Bandar Calgary Naheed Nenshi serta wakil rakyat tempatan.

Isteri William turut membawa senyuman gembira kepada kanak-kanak perempuan penghidap kanser yang berhasrat menemuinya.

Kanak-kanak berusia enam tahun Diamond Marshall, mempunyai ketumbuhan besar di belakang badan hadir bersama bapanya, Lyall Marshall, 37, dan ibu tirinya Danielle, 32, memeluk Catherine sebaik beliau tiba di lapangan terbang.
Sebelum itu, kanak-kanak itu mengambil jambangan bunga daripada ibu bapanya dan menghadiahkan kepada tetamu diraja itu dan Catherine terus memeluk kanak-kanak itu.

“Kate sangat menarik dan penyayang. Untuk kanak-kanak yang mempunyai impian menjadi puteri, bertemu Kate membuatkan impiannya menjadi kenyataan,” kata Danielle. – Agensi
Berita Harian Online | Pegang baju elak terselak

No comments:

Post a Comment