Wednesday, January 30, 2013

114 MAUT, PERTEMPURAN SENGIT DI DAMSHIK



Jawatankuasa Penyelaras Tempatan di Syria berkata, seramai 114 orang terbunuh di Syria pada hari Isnin, sebahagian besar di pinggir Damshik, Idlib, dan Halab. Sementara itu, Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria menyebut, pertempuran sengit banyak berlaku di selatan Damshik antara tentera rejim dengan tentera bebas Syria.

Berhubung jumlah yang terbunuh, Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria memperincikan hasil dari sumber aktivis dan perubatan bahawa mereka yang terbunuh adalah orang awam seramai 49 yang maut, 42 orang tentera bebas Syria, dan 23 orang tentera rejim Asad.

Jawatankuasa Penyelaras Tempatan menjelaskan, tentera bebas Syria telah menguasai sekatan tentera yang berhampiran حران العواميد setentang dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Damshik.

Di Hayyu Al-Qudum, Damshik juga berlaku tembak-menembak antara tentera rejim dengan tentera bebas Syria. Pada masa yang sama, kebanyakan penduduk di kawasan terbabit telah beredar menyelamatkan diri. Tambahan lagi, Mukhayyam Al-Yarmouk Palestin yang berjiran dengan Hayyu Al-Qudum turut dihujani bedilan meriam. Demikian itu, sumber khas berkata kepada akhbar AL-QUDS, seramai 5 orang Palestin telah terkorban pada awal pagi Isnin, manakala 4 lagi cedera.

Berhubung pengeboman sengit, pesawat tempur rejim Asad melancarkan dua serangan udara ke atas daerah Deir Al-Asafir dan di darat, bedilan-bedilan meriam mengebom kawasan-kawasan di Duma, Shab'aa, Al-Muaadhamiyah, dan Darya. Diikuti serangan balas, Majlis Ketenteraan di Damshik dan pinggir Damshik menjelaskan tentera revolusi (tentera bebas Syria) berjaya meletupkan beberapa buah kereta kebal rejim Asad yang cuba merempuh masuk ke bandar Darya dan pinggir Damshik ketikamana pengeboman sengit udara yang dimuntahkan ke atas dua bandar, Darya dan Al-Muaadhamiyah.

Sumber:
(berita ringkas)
29/01/2013, web berita Safa

Sumber : Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP)

No comments:

Post a Comment