Wednesday, January 30, 2013

Mali: Perancis kuasai semula Timbuktu



PARIS/BAMAKO 28 Jan. - Tentera Perancis dan Mali berjaya menguasai semula lapangan terbang Timbuktu dan beberapa laluan masuk ke bandar tersebut.
Jurucakap tentera Perancis, Kolonel Thierry Burkhard berkata, pasukan tentera khas Perancis menggugurkan tentera payung terjun ke lokasi strategik pada waktu malam bagi membolehkan tentera Mali merampas semula Timbuktu daripada militan Islam.
"Tindakan itu diambil kerana Perancis mahu mengelak bertempur di bandar (Timbuktu) yang diiktiraf sebagai Warisan Dunia UNESCO bagi mengelak kemusnahan teruk di sana,'' katanya.
Kumpulan militan menawan kawasan di utara negara itu pada April lalu dan mengenakan beberapa peraturan ketat.
Mereka turut mengharamkan muzik dan mengenakan hukuman berat ke atas jenayah dan kesalahan moral.
Tentera Perancis-Mali berjaya merampas bandar utama, Gao pada hujung minggu lalu dan kini dilihat mengawal laluan utama ke bandar tersebut.
Kubu kuat terakhir militan iaitu bandar Kidal yang terletak berdekatan sempadan Algeria, menjadi sasaran serangan udara pada hujung minggu lalu.
Perancis mengerahkan tenteranya ke Mali selepas Bamako meminta bantuan Paris bagi menyertai kempen ketenteraan memerangi militan. - dpa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130129/lu_02/Mali-Perancis-kuasai-semula-Timbuktu#ixzz2JOU7ln3G
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment