Wednesday, January 30, 2013

Jangan Bezakan Syria dengan Palestin




Isu kezaliman terhadap Muslim Syria sampai saat ini seolah kurang laku. Perhatian Muslim di Nusantara lebih tertarik pada isu lain yang lebih popular dan dikenali, iaitu Palestin.


Padahal Palestin dan Syria sama-sama bahagian dari bumi Syam yang diberkati. Syam baru dipecah-belah menjadi Syria, Palestin, Jordan dan Lubnan setelah khilafah Islamiyah diruntuhkan Yahudi dan Barat.


Persekutuan Barat kemudian menyerahkan negeri-negeri kecil baru itu kepada para boneka tempatannya. Syria diserahkan pada minoriti Nushairi Alawi. Sementara Palestin diserahkan kepada Yahudi Zionis yang didatangkan dari pelbagai negeri, menambah jumlah Yahudi tempatan yang dahulunya minoriti.


Lalu, kerana dibelah-belah oleh Perjanjian Sykes-Picott, apakah wala dan kepedulian kita juga ikut terbelah? Ingatlah teladan Dr. Abdullah Azzam, ulama mujahid kelahiran Palestin yang berjihad di Afghan dan syahid terbunuh di Pakistan.


Bumi Islam itu satu. Demikian pula Bumi Syam. Semuanya milik umat Islam yang bertauhid, bersujud dan tunduk hanya kepada Allah bukan kepada Amerika. Milik umat Rasululllah yang setia pada manhaj beliau, bukan milik mereka yang menghina para sahabat dan isteri beliau.


Tahukah anda? Syeikh Izzuddin al Qassam, yang syahid dalam jihad di Palestin dan kini menjadi nama Brigade Hamas, adalah ulama kelahiran Jablah, sebuah bandar di Wilayah Latakia, Syria. Jablah kini masih dikuasai rejim. Di sana terdapat pangkalan udara yang heli-helinya rajin menyerang bandar-bandar di sekitarnya dengan roket dan bom birmil.


Tahukah anda? Salahuddin al Ayyubi-pahlawan Islam dalam perang salib-mempunyai benteng besar di Haffa, masih di Syria juga. Kini benteng kukuh yang indah itu mulai rosak dimakan zaman dan sabotaj rejim Nushairi Basyar Asad.


Jadi, Syria adalah bahagian tak terpisahkan dari Syam dan Palestin. Kedua-duanya sama-sama dizalimi. Yang satu dijajah Zionis, yang satunya dihancurkan bandar-bandar dan dibantai penduduknya oleh rejim Nushairi yang sesat.


Maka, anda-Muslim yang peduli dan cinta Palestin-seharusnya juga mengambil berat dan cinta pada Syria. Dan saat ini, mereka betul-betul menderita. Muslim di sana digempur setiap hari di tengah musim sejuk yang menggigit tulang.


Ingatlah pesan Rasulullah SAW, "Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai bagi saudaranya apa yang dicintainya bagi dirinya sendiri" (HR Bukhari dalam kitab Arba'in Nawawiyah).


Jika anda menyukai keamanan bagi diri dan keluarga, seharusnya anda menyukai dan mengusahakan keselamatan bagi Muslim Syria yang tengah dibantai

No comments:

Post a Comment