Wednesday, January 30, 2013

Peguam Negara Mesir Serukan Tangkap Pembuat Rusuhan “Black Block”



Peguam Negara Mesir, Talaat Abdullah mendedahkan bahawa kumpulan Black block adalah kumpulan terancang yang melatih anggotanya melakukan aksi-aksi keganasan.

Peguam Negara mengatakan, "Hukuman akan dilaksanakan kepada kumpulan ini selepas mereka melakukan tindakan sabotaj, pemusnahan dan ugutan serta menggangu keselamatan negara.

Peguam menuntut agar menangkap semua orang yang diduga masuk dalam kelompok ini dan menyerahkannya kepada pegawai berdekatan baik polis ataupun tentera agar selanjutnya diserahkan kepada pendakwa.

Sebagaimana Peguam Negara juga menyeru kepada yang mempunyai maklumat tentang kumpulan ini hendaklah memberitahu pegawai yang diberi kuasa jika tidak maka ia dikenakan hukuman jenayah, serta bagi mereka yang menyokong kumpulan yang disebut "black block" ini baik secara lisan mahupun tulisan atau dengan cara apa pun akan dikenakan undang-undang jenayah kerana hal itu termasuk tindak jenayah yang mengacam keselamatan negara dari dalam.

No comments:

Post a Comment