Wednesday, January 30, 2013

ARAH BERKAS ANGGOTA BLACK BLOC



Pendakwaraya Negara, Hakim Tala'at Abdullah telah mengeluarkan perintah memberkas kesemua anggota Black Bloc dan sesiapa sahaja yang terlibat dengannya. Demikian itu, Pendakwaraya Negara memberikan autoriti penangkapan kepada polis dan tentera yang membolehkan memberkas mana-mana individu yang disyaki terlibat dengan kumpulan terbabit serta menyerahkan mereka kepada pendakwaraya.

Kata Hakim Hasan Yasin, Ketua Pejabat Perunding selaku jurucakap rasmi Pendakwaraya Negara, siasatan yang dijalankan oleh pejabat perunding pendakwaraya telah menyingkap kewujudan kumpulan Black Bloc ialah sebuah pertubuhan yang menjalankan kegiatan bersifat keganasan.

Sebelum itu, As-Sayyid Hamid, anggota Jawatankuasa Penelitian dalam Pertubuhan Barisan Peguam telah mengajukan laporan bernombor 191 tahun 2013 di hadapan نيابة أمن الدولة العليا yang diketuai Hakim Muhammad Omar bagi mendakwa Ahmed Shafik, calon yang kalah dalam pemilihan Presiden, serta Muhammad Abu Hamid, bekas ahli parlimen serta beberapa orang ahli perniagaan atas tuduhan membiayai kumpulan bersenjata bertujuan menggulingkan pemerintah yang sah dan dipilih oleh rakyat.

Jelas As-Sayyid Hamid, نيابة أمن الدولة العليا telah mempertanggungjawabkan kepada Badan Keamanan Negara dan Badan Perisikan untuk menjalankan siasatan mendalam, demikian itu untuk membicarakan pihak tertuduh bawah seliaan Hakim Tameer Al-Farjani dan Hakim Hisham Al-Qarmuthi.

Sumber:
29/01/2013, web berita Fjp, pesanan ringkas El-Medan dan Rnn

Sumber : Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP)

No comments:

Post a Comment