Wednesday, January 30, 2013

Identiti Perusuh Mesir "Black Block" Terungkap



Akhirnya media membuka topeng rahsia kumpulan "Black block" dan mendedahkan nama-nama yang mendalangi kumpulan tersebut. Demikian dilaporkan akhbar Al Mishriyun.

Gerakan itu dipimpin oleh seorang kanak-kanak dari pembesar parti era Mubarak, yakni Hizb Al Wathani, bernama Abudy Ibrahim Abudy. Sang bapa, Ibrahim Abudy adalah bekas anggota parlimen dari Parti Al Wathani di era Mubarak. Turut bergabung di dalamnya 600 orang ahli yang majoriti diisi oleh kumpulan Kristian Koptik, sosialis serta kelompok kiri.

Menurut Hazim Khatir pengasas gerakan "Shamidun", ia mempunyai nama-nama mereka dan data-data jenayah yang dilakukan Black Block yang mengandungi aksi keganasan dan anarkisme dan semua data telah didokumentasikan dengan baik melalui media video, dan gambar-gambar. Ia mungancam akan membuka topeng mereka secepat mungkin dan mengemukakan ke dalam institusi kehakiman apabila aksi yg mereka lakukan tidak akan dihentikan.

Ia menambah bahawa aksi Black Block tidak ada kaitannya dengan gerakan revolusi sama sekali, Black Block adalah para gerombolan para pemuda revolusi yang tersesat dari kalangan Kristian, sosialis-komunis, yang telah disokong oleh sebahagian orang dengan senjata, wang, dan pelbagai jenis bahan dadah.

Black Block sendiri mengaku bahawa mereka mempunyai 10,000 anggota di seluruh Mesir, dan mereka mengaku telah menyiapkan hacker dunia maya, untuk melawan Ikhwan dan telah menyertai 1200 orang untuk kegiatan tersebut.

No comments:

Post a Comment