Wednesday, January 30, 2013

Keluarga tertuduh bertindak menyerang penjara dan beberapa balai polis sekitar dengan senjata berat.

Selepas Mahkamah memutuskan hukuman gantung kepada 21 tertuduh dalam kes pertempuran dua penyokong bola Al-Ahly dan Al-Masry yang mengorbankan 74 orang.

Keluarga tertuduh bertindak menyerang penjara dan beberapa balai polis sekitar dengan senjata berat.

Sehingga kini di seluruh negara hampir 34 orang terkorban terkena peluru buta 2 antaranya polis. manakala hampir 350 orang tercedera akibat pertempuran.

Darurat diisytiharkan oleh Presiden dr Muhammad Mursi di 3 tempat; Suez, Ismailiyyah, dan Port Said.

Manakala pihak pembangkang yang kebanyakannya Pro Liberal-Sekular mengumumkan untuk memboikot pilihanraya Parlimen akan datang dan semua dialog yang dianjurkan kerajaan mahupun pejabat presiden.

Mereka juga menyebut bahawa perlu diadakan Pilihanraya Presiden baru untuk melantik Presiden yang baru sambil menyifatkan Presiden yang ada tidak sah.

Mereka juga meminta supaya diharamkan jemaah Ikhwan Muslimin yang disifatkan sebagai pemerintah Mesir ketika ini.

Pertempuran masih berterusan sejak 25 januari sehinggalah hari ini (malam ini)

Sekumpulan pemuda menamakan diri mereka; Black Bloc berpakaian menutup muka dan memakai baju hitam bertindak merosakkan beberapa tempat penting seperti balai polis dan menyerang pejabat-pejabat Ikhwan Muslimin dengan bom molotov dan menyekat jalan-jalan utama dengan tayar kereta yang dibakar.

Beberapa orang daripada mereka dilaporkan ada yang mati di tangan ahli tempatan yang marah selepas mereka cuba menyekat jalan.

Antara kalam orang tertiinggi Black Bloc;
"Sesiapa yang ingin mempraktikkan Syariah atau undang-undangnya, pergilah ke tengah padang pasir.

كلما اوقدوا نارا للحرب اطفأها الله

Sumber : Pilihanraya Mesir

No comments:

Post a Comment