Wednesday, January 30, 2013

TINJAUAN AKHBAR



[Fokus] Buat kali pertama, Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev mengumumkan bahawa peluang Bashar Asad untuk mempertahankan kuasa semakin hari semakin lemah.

Sehingga kini, Rusia telah menggunakan kuasa vetonya sebanyak 3 kali dalam Majlis Keselamatan Antarabangsa PBB bagi menghalang sebarang kutukan terhadap sekutunya Damshik (Asad).

Dalam wawancara jaringan berita CNN Amerika pada 28/01/2013, Medvedev mengulangi gesaannya agar diadakan rundingan antara rejim Asad dengan pembangkang. Namun Medvedev menegaskan pendirian Moscow, kuasa luar tidak boleh menjatuhkan Asad.

Rujukan:
29/01/2013, akhbar harian El-Mesryoon

Sumber : Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP)

No comments:

Post a Comment