Monday, May 20, 2013

Ahli politik wanita ditembak



Karachi: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati seorang ahli politik Pakistan dari parti Imran Khan di bandar pelabuhan selatan, Karachi pada malam pertandingan semula pilihan raya 11 Mei di mana sekurang-kurangnya 150 lagi pembunuhan dilaporkan.

Zohra Hussain, 59, naib presiden sayap wanita parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) di wilayah Sindh, menjadi sasaran tiga lelaki bersenjata menaiki motosikal di luar rumahnya di bandar raya itu lewat Sabtu.
Bekas bintang kriket, Khan segera menyalahkan parti Muttahida Qaumi Movement (MQM) yang mewakili majoriti penduduk berbahasa Urdu, khususnya ketuanya, Altaf Hussain, yang tinggal dalam buangan di London.

Saya secara terus mengatakan Altaf Hussain bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu kerana beliau secara terbuka mengancam pekerja PTI dan pemimpinnya melalui siaran umum, kata Khan melalui Twitter beliau yang menyifatkan pembunuhan itu sebagai satu perbuatan sasaran pengganas.
Sudah beri amaran

Saya juga meminta kerajaan British bertanggungjawab kerana saya sudah memberi amaran kepada mereka mengenai warga British, Altaf Hussain selepas beliau secara terbuka mengancam untuk membunuh pekerja PTI, katanya.

Sambil menambah bahawa beliau amat terkejut dan sedih dengan pembunuhan kejam ini.
Seorang pemimpin PTI tempatan, Firdous Shamim memberitahu AFP bahawa Zohra meninggalkan rumahnya untuk sedikit kerja apabila tiga lelaki bersenjata menyerang beliau.

Sementara itu, pegawai Pakistan mengadakan pilihan raya semula di Karachi, di sebalik pembunuhan ahli politik kanan di bandar raya itu sehari sebelumnya.

Tentera, polis dan renjer separa tentera yang dibantu kereta perisai mengawal 43 pusat pengundian di kawasan NA-250 berikutan dakwaan penipuan undi pada pilihan raya umum 11 Mei lalu.

Pegawai pilihan raya berkata, jumlah yang keluar mengundi pada awalnya diramal lebih 40 peratus.
AFP

No comments:

Post a Comment