Monday, May 20, 2013

Buat apa bersara, Pakatan menang - Anwar



GEORGETOWN: "Kenapa saya nak fikirkan soal bersara daripada politik sedangkan Pakatan Rakyat bukan kalah malahan menang jika proses Pilihanraya Umum PRU Ke 13 berjalan dengan adil tanpa penipuan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika berucap di hadapan 60 ribu rakyat Pulau Pinang sempena ceramah memperkenalkan barisan Exco Kerajaan Negeri di Padang Kota Lama malam tadi, Anwar menafikan apa yang disiarkan dalam laman Web The Edge beberapa hari sudah.

Laporan kononnya beliau dikehendaki bersara adalah palsu dan sengaja dibuat untuk melemahkan rakyat yang cintakan keamanan untuk menuju ke Putrajaya.

Walhal ramai pemimpin dunia jelasnya, hairan kenapa parti yang mendapat undi popular iaitu 51.78 peratus berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya meraih 48.22 peratus pula diberi kepercayaan memerintah Malaysia.

Beliau menjawab, "Di Malaysia boleh jadi macam-macam" kepada soalan yang dikemukakan oleh beberapa orang pemimpin dunia Islam.

Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang dalam kenyataanya lagi tegas apabila menyifatkan kemenangan 48.22 peratus BN pada PRU 13 lalu termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan Bangladesia.

"Saya tetap memperjuangkan hak rakyat bersama dengan Lim Kit Siang, Haji Hadi dan pemimpin dalam parti gabungan Pakatan Rakyat. Tidak akan berhenti di tengah jalan tetapi akan memastikan ianya sampai ke matlamat," ujarnya sambil melaungkan perkataan keramat 'lawan tetap lawan' dalam ceramah anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu.

Justeru itu kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) harus bertanggungjawab, mesti ditukar dan dibaik pulih agar proses demokrasi di Malaysia berjalan dengan adil.

Selain beliau turut berucap di majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 2, Prof Dr Ramasamy, Exco Belia dan Wanita Negeri, Choong Eng, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Yang Dipertua PAS Bukit Bendera, Haji Abdul Halim Saleh.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19373-buat-apa-bersara-pakatan-menang-anwar

No comments:

Post a Comment