Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang semalam di pusat me- ngundi Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Perahu di sini, pegawai yang berpangkat Inspektor berkenaan cuba menyelamatkan seorang pemuda daripada dipukul ekoran provokasi yang tercetus membabitkan penyokong Barisan Nasional (BN) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejurus pusat mengundi di situ tutup.
Dia yang berpangkalan di Johor berkata, selepas melihat keadaan semakin tidak terkawal, dia mengarahkan lelaki itu mengikutnya untuk keluar dari kawasan tersebut menaiki kereta Perodua Myvi miliknya yang diletakkan kira-kira 20 meter dari situ.
“Sejurus berjaya masuk ke dalam kereta, kumpulan berkenaan yang terdiri daripada lebih 20 orang bertindak lebih agresif apabila mula menendang kereta sambil mengarahkan pemuda berkenaan yang duduk di bahagian belakang keluar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.