Lima lelaki yang disabitkan kesalahan menyerang gudang senjata tentera Indonesia pada 2003 akan dibebaskan dari penjara Abepura berhampiran ibu negeri Papua, Jayapura selepas diberikan pengampunan oleh Jokowi.
Langkah itu dibuat semasa Presiden sedang melawat Papua, manakala wartawan AFP diberikan akses masuk ke wilayah itu yang sebahagian besar ditutup kepada wartawan asing.
Puak pemisah di Papua sejak berdekad lalu melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan dengan berpuluh-puluh lagi dipenjarakan kerana mengkhianat seperti mengibarkan bendera pemisah 'Morning Star’ dan mengambil bahagian dalam demonstrasi antikerajaan.
Jokowi dilihat bersalaman dengan lima banduan etnik Melanesia di penjara Abepura dengan menyampaikan kepada setiap mereka surat pengesahan baki hukuman mereka diketepikan.
"Hari ini, kami membebaskan lima banduan ini bagi menghentikan pandangan terhadap konflik Papua. Kita perlu mewujudkan rasa keamanan di Papua. Ini hanyalah permulaan,’’ kata Jokowi kepada media. – AFP