• JokowiJokowi

JAKARTA - INDONESIA. Joko Widodo atau lebih mesra disapa Jokowi secara rasmi dipilih presiden ketujuh Indonesia selepas Suruhanjaya Pemilihan Umum (KPU) mengesahkan kemenangan beliau menerusi 53.15 peratus undi.

Jokowi menerima 70,633,576 undi, iaitu lebih lapan juta undi berbanding saingannya Prabowo Subianto yang menerima 62,262,844 undi atau 46.85 peratus.

Menurut penganalisis, jurang sebanyak 6.3 peratus akan menyukarkan Prabowo untuk mempertikaikan keputusan tersebut di Mahkamah Perlembagaan.

Difahamkan, Jokowi akan mengangkat sumpah sebelum 20 Oktober depan.

Sementara itu, calon presiden, Prabowo Subianto dan gandingannya Hatta Rajasa menarik diri pada saat akhir sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Prabowo menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mereka mendakwa terdapat penyelewengan yang besar, terancang dan sistematik dalam proses pilihan raya presiden kali ini.

Pihak berkuasa turut mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar Jakarta menjelang pengumuman rasmi pilihan raya terbabit dan seramai 32,000 anggota kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.- Jakarta Post