Wednesday, July 23, 2014

Rusia ada bukti jet Ukraine terbang hampiri MH17



AP
BEBERAPA anggota polis mengelilingi kereta api yang membawa mayat-mayat penumpang dan kru MH17 semasa ia berhenti di sebuah kilang di Kharkiv semalam.


MOSCOW - Beberapa pegawai Rusia berkata, pihaknya mempunyai bukti yang menunjukkan jet pejuang Su-25 milik Ukraine terbang pada jarak hanya tiga hingga lima kilometer dari pesawat penerbangan Malaysia MH17.
"Jet pejuang ini dilengkapi roket R-60 yang mampu mencapai sasaran pada jarak 12 kilometer (km) dan dijamin mengenai sasaran pada jarak lima kilometer," kata Ketua Staf Tentera Rusia, Leftenan Jeneral Andrei Kartopolov pada satu taklimat kepada pemberita di sini kelmarin.
Pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa Rusia tidak memberikan sistem peluru berpandu jenis darat ke udara Buk kepada kumpulan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine.
Beliau mendakwa Boeing 777 itu telah mengurangkan tahap kelajuan tiga minit sebelum hilang dari radar dan terhempas di timur Ukraine.
"Pesawat telah mengurangkan kelajuan pada pukul 5.20 petang waktu tempatan sebelum hilang dari skrin radar pada pukul 5.23 petang," kata Kartapolov yang memberitahu pesawat itu berada dalam koridor udara yang betul menuju ke Donetsk namun beralih arah ke utara.
Katanya, pesawat itu cuba untuk kembali ke koridor udara yang betul namun gagal sebelum disahkan terhempas dan mengorbankan kesemua 298 orang penumpang dan anak kapal dalam penerbangan itu pada Khamis lalu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz38F5eJ6P7 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment