Wednesday, July 23, 2014

Tuduhan tak masuk akal


Beliau berkata, semua pihak tahu keupayaan pegawai kerajaan termasuk di Wisma Putra berbahasa asing khususnya Inggeris.
Katanya, mereka mampu mengendalikan semua urusan dengan negara asing tanpa sebarang masalah.
Beliau mengulas catatan ‘liar’ Twitter wartawan The Wall Street Journal Moscow Paul Sonne mempertikaikan kebolehan pegawai Malaysia berbahasa Inggeris semasa menandatangani dokumen bersama puak pemisah pro Rusia di Ukraine.
Tuduhan itu menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila dia mengatakan delegasi negara yang dihantar tidak mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris.
“Semua dokumen dalam bahasa Russia dan Inggeris, saya pasti delegasi Malaysia tidak mahir berbahasa inggeris, terfikir apa yang mereka tandatangani?” katanya.
Tweet itu kemudian dipadamkan tetapi sempat dirakam oleh pembaca sebelum mengkritik Sonne atas tindakannya itu.
Tina Maliq yang berasal dari Petaling Jaya turut membalas tweet berkenaan.
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23

No comments:

Post a Comment