Wednesday, July 23, 2014

Kenal pasti mayat ambil masa berbulan-bulan



SEORANG anggota penyiasat Malaysia memeriksa serpihan pesawat MH17 dekat Grabovo, timur Ukraine semalam. - REUTERS


THE HAGUE, Belanda - Mayat kumpulan pertama nahas Penerbangan MH17 di Ukraine akan diterbangkan ke Belanda hari ini tetapi proses mengenal pasti identiti mereka mungkin memakan masa berbulan-bulan, kata Perdana Menteri Mark Rutte.
"Esok (hari ini) pesawat pertama membawa mayat-mayat ini akan berlepas ke bandar Eindhoven, selatan Belanda," kata Rutte kepada wartawan selepas mayat-mayat tersebut tiba di bandar Kharkiv, Ukraine.
"Apabila identiti mayat ini diketahui, hanya keluarga mangsa akan dimaklumkan. Proses ini akan mengambil masa berbulan-bulan lamanya," tambah Perdana Menteri itu.
Sejumlah 193 penumpang daripada 298 orang yang terkorban apabila Penerbangan MH17 terhempas di Ukraine merupakan warga Belanda.
Pesawat jenis Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh menggunakan sistem peluru berpandu Buk buatan Rusia yang dilancarkan oleh pemberontak pro-Moscow.
Menurut Rutte, mayat kumpulan pertama itu akan dibawa ke Belanda sebelum diterbangkan ke negara masing-masing.
Sebaik tiba di Eindhoven, mayat-mayat itu akan dihantar ke berek tentera Kaporaal van Oudheusden di Hilversum, sekitar 100 kilometer dari Eindhoven.
Kereta api itu membawa 251 mayat yang ditemui di lokasi nahas pesawat MH17 dekat Grabovo. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz38F5RhmE0 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment