Wednesday, July 23, 2014

Russia dakwa Ukraine pula


Moscow juga menafikan ia membekalkan kumpulan pemberontak pro-Russia sistem peluru berpandu atau senjata lain, ketika ia berusaha menangkis dakwaan masyarakat antarabangsa bahawa ia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia dengan 298 penumpang dan anak kapal itu. 
Berbekalkan beberapa carta dan imej, dua pegawai tinggi tentera Russia membentangkan kes terhadap Ukraine pada satu taklimat khas, semalam. 

Leftenan Jeneral Andrei Kartopolov berkata, pesawat Malaysia itu tersasar ke utara dari laluan asal manakala pesawat pejuang SU-25 Ukraine yang biasanya dilengkapi peluru berpandu R60 udara ke udara, dirakam berada hampir dengan pesawat Boeing 777 itu.
Foto
ANDREI Kartopolov

Beliau mendakwa, pesawat Malaysia itu ‘tersasar’ dari laluannya ke utara. Jarak tersasar maksimum ialah 14 kilometer.

Jarak jet dengan MH17 pula adalah tiga hingga lima kilometer. 

“Peningkatan ketinggian direkodkan bagi pesawat tentera Ukraine. Jaraknya daripada Boeing Malaysia ialah tiga hingga lima kilometer. 

“Apakah matlamat sebuah pesawat tentera terbang di laluan pesawat awam hampir pada waktu sama dan pada ketinggian sama? Kami ingin mendapatkan jawapan kepada persoalan ini. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23

No comments:

Post a Comment