Wednesday, July 23, 2014

‘Saya hamil ketika bercerai’


Nabilah Yusra berkata, dia terpaksa tampil memberikan penjelasan berhubung status arwah selepas beberapa pihak menyatakan arwah masih bujang sedangkan pernah berkahwin dengannya dan dikurniakan seorang anak. 
Katanya, mereka berkahwin pada Disember 2012 sebelum berpisah September tahun lalu, tetapi ketika bercerai dia sudah disahkan mengandung dan tertulis dalam sijil cerainya. 

“Selepas berpisah, saya bekerja sebagai jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala bekas suami bekerja di Belanda sebagai jurutera syarikat perkapalan.
Foto
NABILAH sedih kejadian yang menimpa bekas suaminya. Gambar kecil, Nabila memangku bayinya, Ahmad Ammar dan gambar kenangan perkahwinannya dengan arwah.

“Ketika mendaftar perceraian di Mahkamah Syariah Segamat, arwah pernah berkata ingin melihat anaknya dan dia sepatutnya berbuat demikian ketika pulang 17 Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23

No comments:

Post a Comment