Wednesday, July 23, 2014

Sidang Parlimen tergempar hari ini


NAJIB TUN RAZAK dalam satu sesi di Dewan Rakyat.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine.
Lebih bermakna apabila sidang khas tersebut diadakan ketika Najib pada hari ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-61.
Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang pada 23 Julai 1953.
Beliau yang merupakan anak sulung kepada Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak Hussein memanggil persidangan tergempar tersebut sebagai inisiatif kerajaan untuk menyampaikan suara hati rakyat mengenai insiden MH17 yang telah meragut 298 nyawa.
Pada sidang akhbar mengumumkan sidang tergempar itu kelmarin, Najib juga menyeru semua pihak termasuk wakil rakyat pembangkang menggunakan peluang sesi dari pukul 10 pagi hingga 5.30 petang hari ini untuk membahaskan usul tersebut dengan sebaik mungkin.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz38F92V4v7 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment