Wednesday, July 23, 2014

Kotak hitam di tangan Malaysia


seorang pakar dari Malaysia mengambil kotak hitam MH17 yang diserahkan puak pemisah Ukraine pro-Rusia di Donetsk semalam. Berdiri memakai jaket di tengah ialah Alexander Borodai.


DONETSK, Ukraine - Kumpulan pejuang pemisah Ukraine pro-Rusia semalam menyerahkan kepada para pegawai Malaysia dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.
"Inilah kotak hitam itu," kata ketua pejuang pemisah yang melantik dirinya sebagai Perdana Menteri, Alexander Borodai kepada wartawan yang memenuhi bilik sidang akhbar di pangkalan pejuang pemisah itu di sini.
Gencatan senjata dalam jarak 10 kilometer radius di sekitar lokasi nahas turut diumumkan oleh kumpulan itu bagi membenarkan penyiasat antarabangsa memasuki dengan selamat tempat pesawat itu jatuh dekat Grabovo.
Kedua-dua kotak hitam itu diletakkan di atas meja.
Borodai memakai seluar jean dan jaket berwarna biru semasa dia tiba pada sidang akhbar tersebut.
"Kami telah membuat keputusan untuk menyerahkan kotak hitam itu kepada pakar-pakar Malaysia," kata Borodai.
Pakar-pakar Malaysia dan wakil-wakil kumpulan pemisah itu kemudian menandatangani satu protokol sebelum kedua-dua kotak hitam berwarna oren itu diserahkan.
Kotak hitam itu diserahkan kepada sebuah kumpulan penyiasat dari Malaysia yang diketuai wakil Majlis Keselamatan Negara, Kolonel Mohamed Shukri.
"Bagi mewakili kerajaan Malaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Republik Donetsk kerana menyerahkan kepada kami dua kotak hitam yang merupakan harta Malaysia.
"Kami masih tidak menemui kotak hitam MH370 (pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang di Lautan Hindi pada 8 Mac lalu).


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz38F9BLy1F 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment