Thursday, April 4, 2013

44 maut dalam serangan Taliban


KABUL 3 April - Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh apabila sekumpulan militan Taliban menyerang beberapa bangunan kerajaan termasuk sebuah kompleks mahkamah di barat Afghanistan, hari ini.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danish berkata, serangan yang berlaku di wilayah Farah itu dipercayai merupakan cubaan Taliban untuk membebaskan anggota mereka yang dibicarakan di mahkamah terbabit.
Katanya, seramai 34 orang awam, enam askar dan empat anggota polis terbunuh dalam serangan berkenaan dan 91 orang lagi dilaporkan cedera.
"Sembilan penyerang turut dibunuh oleh pihak keselamatan Afghanistan," jelasnya.
Sementara itu, Jurucakap Gabenor Wilayah Farah, Abdul Rahman Zhowandai berkata, militan Taliban memulakan serangan di beberapa buah bangunan kerajaan, termasuk mahkamah, kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan.
"Penyerang melepaskan tembakan secara rambang ke arah beberapa buah pejabat kerajaan selepas meletupkan sebuah kereta di bangunan berdekatan," katanya. - AFP/DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130404/lu_06/44-maut-dalam-serangan-Taliban#ixzz2PVeMnsPy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment