Thursday, April 4, 2013

tunggu lepas pru13

8 MAC ― Seorang pekerja bank sedang meneliti untuk membli motokar. Apa jenis motokar yang terbaik yang menjadi pilihannya.Dia rugi kalau tidak ada motokar. Syarikatnya akan memberinya sekitar setengah ribu sebulan sebagbai insentif bekerja tekun dan setia kepada syarikat.Tiba-tiba Rafizi Ramli, ketua strategis PKR meangumumkan Patakan Rakyat sedang mengkaji untuk menurunkan harga motokar jika ia berjaya mengambil alih Putrajaya. Dia pun menangguh hasil kajian itu sebelum membeli motokar pilihannya. Pakatan kemudian membuat keputusan akan memotong cukai-cukai yang menyebabkan motokar mahal.Cukai tinggi itulah yang membebankan pengguna selama ini.Janji motokar murah itu telah dimasukkan dalam manfestonya.Pekerja itu sudah lama menangguhkan pembelian motokar menunggu hasil PRU 13 akan datang. Janjian yang dibuat oleh Pakatan itu boleh memberikan keuntungan besar kepadanya. Banyak duit dapat diselamatkan untuk keperluan lain.Gila kalau tawaran itu ditolak.Lepas selesai pilihan raya barulah dia akan membeli motokar. Malanglah nasib kalau Pakatan gagal menawan Putrajaya. Ia bererti dia akan membeli motokar pada harga yang ada sekarang. Ini bererti dia tidak dapat menyelamatkan duit bagi membeli lain-lain keperluan.Tiada pilihan. Dia mesti membeli motokar juga. Kalau dia tidak beli motokar, dia tidak dapat bantuan banknya. Bantuan bank itu satu tawaran yang baik juga. Walaupun harga kereta tinggi tetapi bantuan bank bagi orang yang motokar adalah peluang yang dapat meringankannya memiliki motokar.Kalau dia tidak beli motokar pada masa ini, satu masa akan datang dia perlu ada motokar juga. Ia bukan tanda kemewahan tetapi keperluan. Jika tidak dibeli motokar pada masa ini, maka masa depan motokar itu akan naik harga lagi.Memang harga yang ada itu membebankan. Tetapi pengguna tidak ada pilihan. Mereka terpaksa terima keadaan yang ada.Selama ini pengguna tidak kira sangat harga di pasaran itu membebankan atau tidak. Semua orang memilih untuk memiliki kereta.Masing-masing tahu harga motokar adalah tinggi. Beban itu tidak dihiraukan sangat oleh pembeli. Kalau hendak motokar, kena sestuju dengan harga yang ada baik ia beban atau tidak.Sama ada bank bagi bantuan kepada pekerjanya atau tidak, mereka akan beli motokar juga lambat laun. Sekarang bank memberikan bantuan. Bodohlah pekerja tidak memiliki kereta. Dia tidak akan bantuan setengah ribu itu.Sekarang Pakatan membuat tawaran yang lagi menggalakkan untuk memiliki motokar. Kalau Pakatan tidak buat tawaran itupun mereka akan membeli motokar juga. Tetapi tawaran bank dan tawaran Pakatan itu menjadi rezeki yang tidak disangka. Mereka tidak minta tetapi mereka ditawarkan. Seperti bulan datang ke riba.Tawaran Pakatan itu sudah dibuat berbulan-bulan. Sejak itulah dia terangguh membeli motokar. Ini bererti sudah berbulan-bulan dia menunggu untuk memiliki motokar sendiri. Kalau Rafizi tidak membuat tawaran itu sudah lama dia memiliki motokar dan sudah lama bantuan bank tadi dimanfaatkan.Kerana tawaran itu menarik dia menunggu. Malangnya pilihanraya tidak juga diadakan. Semuanya menguji kesabaran. Banyak mana bantuan bank itu dibiarkan saja. Melambatkan mengambil peluang bantuan bank itu lebih menguntungkan sekalipun pilihanraya dilambatkan.Jika Pakatan menang, menangguhkan mengambil bantuan bank itu lebih menguntungkan kerana harga motokar yang murah nanti memang melapangkan.

M insider

No comments:

Post a Comment