SYDNEY - Syarikat penerbangan Samoa Air bakal mengenakan tambang berdasarkan berat penumpang yang didakwa sebagai cara paling adil dan murah berbanding sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Samoa Air, Chris Langton berkata, penumpang boleh memberitahu berat mereka semasa membuat tempahan kerana harga tiket dikenakan berdasarkan jumlah kilogram.

"Ia sememangnya satu konsep adil untuk penumpang yang gemar melancong bersama keluarga atau secara bersendirian," jelasnya.

Difahamkan, syarikat itu telah mengumumkan cadangan tersebut pada November lalu, namun ia hanya mendapat perhatian umum selepas mereka mula melancarkan penerbangan antarabangsa, minggu lalu, dipetik dari laporan Reuters.