Thursday, April 4, 2013

IRAN KECAM SERANGAN PENGGANAS DI IRAQ, BERI AMARAN TERHADAP HELAH PERPECAHAN MAZHAB



Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ramin Mehmanparast mengecam serangan terkini pengganas ke masjid-masjid Syiah di Iraq dan memberi amaran berkenaan helah musuh bagi memburukkan lagi ketegangan agama di negara itu.

"Pada masa yang lepas, pasukan keselamatan Iraq telah mencapai satu kejayaan besar apabila membongkar habis-habisan hab-hab keganasan melalui keupayaan domestik mereka. Aktiviti keganasan dijalankan bagi tujuan menyemai benih-benih sektarianisme dan berlakunya peralihan pertembungan dari dunia politik ke konflik agama," kata Mehmanparast pada hari Sabtu.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa perbuatan pengganas akan digagalkan melalui langkah-langkah yang diguna pakai oleh kerajaan Iraq dan kewaspadaan Negara itu menghadapi ancaman jenis itu.

Jurucakap Iran sekali lagi mengesahkan sokongan padu Republik Islam atas usaha kerajaan Iraq untuk memerangi keganasan dan mengatakan "penumpuan dalam bidang politik dan kerjasama individu di kalangan arus politik Iraq" akan membantu memerangi kumpulan-kumpulan pengganas.

Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dalam peristiwa serangan bom yang disasarkan di empat Masjid Syiah di ibu kota Iraq, Baghdad dan bandar utara Kirkuk pada hari Jumaat.

Serangan hadir di kala negara mengalami peningkatan keganasan di seluruh negara dan di masa yang sama rakyat Iraq bersedia untuk menghadapi pilihan raya pertama mereka dalam tempoh tiga tahun. Pemilihan wilayah akan diadakan di 12 wilayah dari 18 wilayah jumlah keseluruhan Iraq pada 20 April.

Pada 20 Mac, dua orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam letupan bom kereta di ibu kota Iraq.

Sehari sebelumnya, gelombang serangan di kawasan kejiranan terutamanya di kawasan masyarakat Syiah Baghdad membunuh sekurang-kurangnya 65 orang dan mencederakan lebih 200 yang lain.

Sumber Berita Press TV

No comments:

Post a Comment