Thursday, April 4, 2013

Dr Mahathir sepatutnya kembali bertanding dalam pilihanraya ini kerana beliau sudah mengambil keputusan untuk terus bergiat dalam politik

Dr Mahathir sepatutnya kembali bertanding dalam pilihanraya ini kerana beliau sudah mengambil keputusan untuk terus bergiat dalam politik. Daripada bercakap terlalu lantang dan terus-terusan dalam politik hari ini elok Mahathir minta satu kerusi dengan terus terang daripada terus meroyan. Tindakan Mahathir meminta rakyat Johor menamatkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Nik Aziz Nik Mat dilihat sebagai satu tindakan yang kurang beretika oleh seorang pemimpin setaraf beliau. Seruan Mahathir itu terlalu ‘personal’ dan kelihatan seperti punya agenda dan sebab tertentu. Jika tidak, beliau x seharusnya menunjukkan sangat perasaan ‘panic’ beliau setahap ini.

Kita tidak tahu kenapa Mahathir terlalu panik akhir-akhir ini. Beliau seolah-olah tidak lena tidur dan kembalinya LKS ke negeri kelahirannya membuatkan Mahathir mundar-mandir untuk bercakap politik lagi. Lagak beliau seperti ‘ayam berak kapur’ sahaja sejak kebelakangan ini. Mahathir semakin hari semakin meyakinkan rakyat yang beliau terlalu banyak perkara yang hendak beliau tutupi. Rakyat tidak boleh lagi bertindak hanya untuk melindungi individu seperti Mahathir. Rakyat perlu bertindak untuk melindungi pihak yang ramai, iaitu rakyat. Mahathir seharusnya menyahut cabarab LKS jika beliau masih memilih untuk menjadi ahli politik.......... turunlah ke bawah dan buktikan yang beliau masih lagi seorang yang mempunyai ‘consequence’ dalam politik negara.

No comments:

Post a Comment