Thursday, April 4, 2013

INDIA TERUS IMPORT MINYAK IRAN TANDA DAGANGAN MENINGKAT: PEGAWAI INDIA


Seorang pegawai kanan India berkata hubungan perdagangan antara Iran dan India "semakin meningkat" dan menekankan bahawa New Delhi tidak akan menghentikan perdagangan import minyak dari Republik Islam.

"Sebarang jenis pemberhentian segera penghantaran minyak dari Iran tidak mungkin boleh dilaksanakan pada masa ini," akhbar harian India The Hindu memetik kata-kata pegawai kanan Kementerian Perdagangan.

Pegawai itu menyatakan bahawa apa-apa keputusan dalam menghentikan import minyak mentah Iran akan "menjejaskan" perdagangan yang semakin meningkat antara dua hala.

"Iran telah menunjukkan minat positif dalam mengimport pelbagai perniagaan komoditi termasuk produk-produk pertanian dan apa-apa keputusan yang berlawanan dengan keperluan minyak mentah akan menjejaskan peluang-peluang besar yang tersedia," kata pegawai itu.

Komen-komen itu datang beberapa hari selepas Menteri Petroleum dan Gas Asli India, M. Veerappa Moily menolak laporan terbaru Barat bahawa negara itu mungkin menghentikan import minyak mentah Iran semenjak sekatan yang diterajui AS dibuat terhadap sektor tenaga Tehran.

Seorang pegawai minyak India juga baru-baru ini mengumumkan bahawa satu butiran dana insurans penghantaran minyak Iran akan digariskan dalam masa terdekat dan menambah beberapa syarikat insurans India, Lembaga Pembangunan Minyak India serta pemain-pemain utama lain dalam industri minyak negara akan menyumbang bagi pengumpulan dana insurans itu.

India adalah pengimport utama tenaga Asia dan bergantung terus kepada Republik Islam untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan tenaganya.

Amerika Syarikat, rejim Israel dan beberapa sekutu mereka telah berkali-kali menuduh Iran melaksanakan objektif bukan awam dalam program tenaga nuklear.

Iran tegas menolak dakwaan itu dan berhujah sebagai penandatangan komited untuk Perjanjian Non-Proliferation Senjata Nuklear (NPT), ia berhak memperolehi dan membangunkan teknologi nuklear bagi tujuan keamanan.

Sumber Berita Press TV

No comments:

Post a Comment