Thursday, April 4, 2013

KAKITANGAN BRITISH MENDEDAHKAN PENCABULAN HAK BANDUAN DI PENJARA RAHSIA IRAQ OLEH AS



Tentera British yang hadir di penjara rahsia AS di Baghdad telah mengumumkan butiran baru mengenai beberapa hak asasi manusia yang paling mengejutkan berlaku di Iraq semasa pencerobohan yang diketuai AS di negara berkenaan dalam penjara terbabit.

Pada hari Selasa, Guardian menerbitkan laporan berdasarkan temu bual dengan askar dan juruterbang British dari UK Royal Air Force dan Tentera Udara Kor yang telah diberi tugas mengawal dan pengangkutan di penjara rahsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad, yang dikenali sebagai Kem Nama, semasa AS menerajui perang di Iraq.

"Saya melihat seorang lelaki yang memakai kaki palsu dan mereka menarik buang kaki palsu itu, dan memukul kepala lelaki berkenaan dengannya sebelum dia telah dilempar ke atas trak," kata seorang askar British yang pernah berkhidmat di Kem Nama.

Menurut laporan itu, banduan Iraq sering dikenakan kejutan elektrik dan menjadi rutin memakai sarung yang menutup kepala.

Saksi-saksi juga berkata tahanan di Kem Nama dipenjarakan untuk jangka masa yang lama dalam sel bersaiz rumah anjing.

Satu siasatan yang dilancarkan oleh Human Right Watch mendedahkan bahawa tahanan di pusat rahsia terbabit sering "diseksa, dipukul, pendedahan suhu sejuk yang melampau, ancaman kematian, penghinaan dan pelbagai bentuk penderaan psikologi atau fizikal."

Jeneral Stanley McChrystal, bekas komander AS dalam Angkatan Operasi Khas Bersama di Iraq, sering kelihatan di penjara itu, laporan itu menambah.

Pada 19 Mac, 2003, angkatan tentera yang diterajui AS menyerang Iraq di bawah alasan bahawa rejim Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran (WMD). Walau bagaimanapun, tiada apa-apa senjata yang pernah ditemui di negara terbabit selepas pencerobohan dan kemusnahan berikutnya hanya diakibatkan oleh penjajahan.

Beratus-ratus ribu orang terbunuh dan infrastruktur Iraq telah dimusnahkan dalam pencerobohan yang diketuai AS dan seterusnya pendudukan negara.

Sumber Berita Press TV

No comments:

Post a Comment