Thursday, July 9, 2015

PAC mahu 1MDB serah penyata bank kepada Audit Negara

KHAMIS, 9 JULAI 2015 @ 2:45 PM

 KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendesak 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyerahkan beberapa dokumen termasuk penyata bank kepada Jabatan Audit Negara bagi membantu siasatan.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, dokumen itu penting bagi memuktamadkan laporan Jabatan Audit Negara. "PAC meminta 1MDB menyerahkan semua dokumen penting itu kepada Jabatan Audit Negara.

 Tolong beri kerjasama dan beri segala dokumen yang diperlukan oleh Jabatan Audit Negara bagi memuktamadkan laporan. "Sekiranya 1MDB tidak memberikan kerjasama, kita menyerahkan kepada Kementerian Kewangan untuk tindakan lanjut," katanya. Nur Jazlan menyatakan Jabatan Audit turut memberi tumpuan empat fokus komponen sepanjang siasatan.

Katanya, empat fokus komponen itu jumlah jaminan dan perbelanjaan; aset kumpulan 1MDB; penyata dana dan kajian terhadap penyata kewangan 2010 hingga 2014. "Jabatan Audit mengambil masa tiga bulan sejak 10 Mac hingga 15 Jun lalu untuk siasatan peringkat awal ini. "Bagi melengkap laporan, Jabatan Audit telah menemubual Ahli Lembaga Pengarah 1MDB yang lama dan baharu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurusan tertinggi 1MDB, " katanya. Nur Jazlan berkata, secara keseluruhannya PAC berpuas hati dengan hasil kerja Jabatan Audit terhadap laporan itu bagaimanapun masih menunggu beberapa dokumen penting bagi melengkapkan laporan penuh siasatan yang dijangka siap hujung tahun ini.

KETUA Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (kanan) berbual bersama Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed (kiri) selepas menyerahkan buku laporan awal audit ke atas 1MDB di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sairien Nafis

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/66834

No comments:

Post a Comment