Tegas beliau, dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali malah sengaja diperbesar-besarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Kita tahu motif kes pembunuhan itu berlaku. Pembunuhnya juga sudah dihukum dan kita sedang siasat daripada mana punca berita palsu ini disebarkan.
“Saya ingin mengesahkan bahawa Hussain Ahmad Najadi tidak pernah membuat sebarang laporan polis tentang kemasukan sejumlah wang dalam Bank Negara seperti yang didakwa,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelancaran Op Selamat 7/2015 Sempena Hari Raya Aidilfitri di KL Sentral di sini hari ini.
Khalid mengulas dakwaan sebuah blog yang meminta polis menyiasat kaitan pembunuhan itu dengan 1MDB, kononnya Hussain Ahmad ada membuat laporan pada 28 Julai 2013 sebelum kematiannya.
Sementara itu, Khalid menjelaskan, PDRM tidak mempunyai sebab untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memandangkan tiada keperluan untuk pihaknya berbuat demikian.
“Tiada sebab untuk saya menangkap Tun Mahathir. Pada saya itu saranan nakal. Saya pun tidak tahu apa punya saranan.
“Ada orang yang menyarankan saya menangkap orang itu dan orang ini. Saya tidak perlu layan saranan-saranan sebegitu,” ujar­nya.